Monday, June 30, 2008

Contoh 6


Bercanda di bawah pohon beringgin macam dalam filem arahan
Tan Sri P. Ramlee nampak. Mesra sungguh dipandang.
Pernikahan Nurul dan Fuad di Kampung Bidong, Kedah

Contoh 5


Alahai! berani nampak berasmara di atas titi usang yang reput.
Tapi apakan daya akibat percintaan punya fasal semuanya jadi.
Gambar dirakamkan ketika majlis penikahan Liza dan Azrie dari Permatang Kerai Kecil, Pokok Sena, Tasek Gelugor pada 31hb, Mei 2008.
Salam bahagia daripada SabriPhotography

Thursday, June 26, 2008

contoh 4


Jengguk di celah daun nampak..!! segalanya terakam indah bersama situasi yang suram dan indah.
Alangkah bahagianya jika dapat bersama begini untuk selama-lamanya.
Salam bahagia selamat menjalani bahtera kehidupan untuk Busro dan Nizom. Gambar dirakan di Kelab Cinta Sayang, Sungai Petani pada 17hb, Mei 2008

contoh 3


Alahai.... sama cantik.. sama padan!!.
Duduk berdua beradu asmara di bawah pohon beringgin manis sekali.
Lagaknya hero dan heroin yang paling menawan di era melinium kini. Bersabarlah melayari bahtera pertarungan sebagai suami isteri yang sejati kerana di tengah-tengah lautan nan luas terdapat ketulan batu karang yang tidak nampak dek paras mata. Selamat pengati baru kepada Nurul dan Fuad yang melangsungkan perkahwinan di Kampung Bidung, Kedah pada 1hb, Mei 2008

Contoh 1


Selamat pengantin baru kami ucapkan pada Zakrie dan Iffah yang melangsungkan perkahwinan mereka di Komplek Penyayang pada 8hb, Jun 2008.
Semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat.

contoh 2


Apalah yang ditenungkan tu!! Katakan sahaja jangan kelu.... biar terluah segala perasaan yang selama ini terbuai dek perasaan cinta yang terpendam.
Kini anda telah bergelar suami isteri. Satukanlah segala rohani untuk menguat streng bahtera berdua agar tidak tengelam di lautan luas.

Semoga berbahagia kepada Anis dan Asrol yang melangsungkan perkahwinan di Taman Wira, Teluk Air Tawar pada 7hb, Jun 2008.