Sunday, December 26, 2010

Sekitar majlis perkahwinan Wati dan Faiz di Sg Batu, Kulim pada 26hb, Disember 2010

Boleh ke.. kami jadi model untuk poster 'Tahun Melawat Sabah'.

Merenung masa depan ke?... Perjalanan kita masih jauh..

Beradu asmara pula... kali ini jauh dari kesibukan kota..

Pengantin baru sedang menghirup udara bersih di kebun limau.. Puhh.. nyaman sekali.

Mesyuarat tingkap ke? Macam lakunan A.K Jailani dan A. R Tompel dalam filem Do Re Me..

Jangan terjun tingkap sudah...

Macam nak ajak makan sireh saja..!!!

Tu dia wajah pengantin yang berseri-seri...

Haii... jangan merajuk nanti lekas tua..




Sekitar majlis perkahwinan Wati dan Faiz di Padang Serai, Kedah

Faiz.. hang kena ingat ni dia ikatan kita...!!!

Sempat pula beradu di celah kesibukan orang ramai...

Hai menyanyi lagu apa tu.. slow rock ke?.. Pop rock ke? Balada ke?.. Entnik Kreatif ke?.. atau lagu tiga kupang!!!

Macam filem Tan Sri P. Ramlee dan Saadiah dalam filem 'Sarjan Hasan' gayanya.

Kenapa ringan sangat ni.. lepas ini kena bagi berat..

Pandangan tajam nampak... tentu ada apa yang mencuit hati mereka.

Terkenang apa pula tu bang Polis.... jangan buat celaru nanti isteri berang..

Kenapa ni.. macam nak terbang sajaaa....gembira tak terkata.

Amboi jalan tengah jalanraya.. hati-hati kalau lori balak lalu...







Wednesday, December 22, 2010

Sekitar Majlis Akad Nikah Wati dan Faiz di Padang Serai, Kedah pada 22hb, Disember 2010

Inilah yang dikatakan anak solehah... nanti jadi isteri pula mesti bersifat seumpama itu kerana kejayaan suami mesti dibelakangnya seorang isteri yang baik.

Terpegun ke.... tengoh si suami melafazkan ikatan kebahagian?

Berkhayal ke atau tengah beri tumpuan ketika Tok Khadi sedang beri khutbah.
Hai.. sampai tertidur si peneman.. perbincangan agak lama macam mengatur strateji baru.

Senyum melihat sang suami melawak dengan Tok Khadi.

Masa menunggu begini amat memeritkan.. tapi tak apa ada kawan tolong teman

Add ImageDah lah meja lebar.... mujur tangan lepas.





Tuesday, December 21, 2010

Majlis Pertunangan Jaafar dan Siti Aishah di Tanah Liat, Bkt Mertajam pada 18 Disember 2010

Jangan bawa lari pula dalam masa bertunang.. bersabar kan... sabar itu separuh dari imannn

Cukup dak duit.. Tok Haji.. Mungkin itulah diperkatakan oleh Jaafar dalam hatinya. Kalau tak cukup saya nak lari balik ambil..

Semua tengok sini.. Bakal Mak Mertua menyarung cincin tanda setuju..

Tu.. dia wakil Jaafar cakap punya kuat sampai tersandar wakil keluarga Siti Aishah..

Add ImageDah nampak rumah bakal isteri ke... tu

Nampak tu.. Pengantin macam tak sabar saja..

Tuesday, November 9, 2010

Sekitar majlis perkahwinan Dr Noor Asyikin dan Mohd Arif di Kg Selamat, Tasek Gelugor pada 7hb, November 2010

Berakhir sessi fotografi dengan nyanyian 'Hindustani'. Tengok tu dah mula main tarik-tarik pokok di taman JPS, Padang Chempedak, Tasek Gelugor.

Sejarah hidup bekerluarga telah bermula.. layarilah dengan ceria..

Macam tunggu burung masuk jerat saja..

Gandingan dua sejoli sungguh mempersonakan.

Jangan tinggalkan daku keseorangan,, nanti lah sayanggg..

Bersandar pada isteri tersayang.. berat pun berat lahhh..

Awas!! peluk-peluk juga jangan terjunam dalam tasek buatan sudah..

Dah pandai bergaya tak malu lagi dahhh....

Tengok tu gandingan mantap sedang melihat sesuatu di celahan pokok.

Ok la tu.. dah mula rapat..

Dia dah datang dengan gaya dan lenggoknya.. Itulah antara lirik lagu Ghazal nyanyian Allahyarham Fadhil Ahmad yang boleh dipadankan dengan kehadiran pasangan pengantin romatis ini.



Saturday, November 6, 2010

Sekitar majlis perkahwinan Dr Noor Asyikin & Mohd Arif di Kg Guar Kepayang pada 6hb, November 2010

Khabarkan pada bayu.. aku amat sayangkan mu....

Amboii.. macam naik buaian di bawah pohon beringgin.

Alamak beratnya.. makan besi ke??

Bagi la payung tu sayanggg..!! Mungkin itu diperkatakan oleh Dr Noor Asyikin pada pasanganya.

Untuk mendapat gambar yang menarik punya fasal jatuh ke bendang pun tak apa..

Baik-baik pegang tu ... jangan terlepas pula..

Bersantai sakan pasangan ni.. tepi pokok pisang dan ladang tebu pun dah menarik..

Hai... macam merajuk saja.. Kenapa niii....