Tuesday, February 16, 2010

Sekitar Majlis Perkahwinan Adibah & Razali di Taman Alamanda, Pokok Sena 15hb, Februari 2010

Beginilah romantiknya pasangan... jangan lepas kahwin saja berkeadaan begini.. harap-harap sampai bila-bilaaaa....aa.

Di sebalik pokok.. hendap siapa gerangan agaknya....

Jangan pandang belakang kerana 'air tenang jangan disangka tiada buaya'..!!

Bercumbuan pula... awas nanti orang tengok.. malu jatuh maruah dan adat resam kita..!



Sekitar Majlis Akad Nikah Adibah dan Razali di Tmn Alamanda, Pokok Sena, Kepala Batas 15hb, Februari 2010

Bercanda di rumput buluh pun jadilah... buat masa ni. Lepas kenduri baru fikir lain ke lokasi mana sekali pun... awan,,, bintang,, planet marikh atau mana-mana pun pelusuk dunia..!!

Nah!.. Mas Kahwin dari kekanda untuk adinda yang tersayang...

Tandatangan jangan berlengah lagi.. lepas ni tanggungjawab anda sudah ada.. Jangan lupa.!

Apa yang dibimbangkan oleh Adibah agaknya.. Mungkin terkelu melihat Razali sudah bergelar suami padanya...?




Monday, February 15, 2010

Sekitar Majlis Perkahwinan Hazlinda dan Shahir di Kg Contoh, Butterworth pada 13 Februari 2010

Alahaii..! laompat pula tentunya seronok tak terhingga..

Sungguh aman, damai, sejahtera dan menarik.. mujurlah kahwin orang sini terasa juga angin laut
Termenung pulakkk. Fasal apa ni. Nak kata ditinggalkan isteri tidak juga.. Merajuk kot.?

Lentok nampak si isteri.!!.. Apa lagi sang suami jangan berselindung lagi di sebalik pokok.




Saturday, February 13, 2010

Sekitar Majlis Pertunangan Rodhiyah (Odi) dengan Ahmad Tajaudin di Permatang Bertam pada 13hb, Februari 2010

Odi hoi.. hang dah nak kahwin... tahniah banyak-banyak.. Orang kata dalam masa pertunangan ni banyak dugaan. Itulah pesan rakan taulan yang hadir di majlis pertunangan Odi dan Ahmad Tajudin

Senyumlah kau... dah dapat apa yang dihajati. Lepas ni tunggu pula majlis akad nikah dan akhirnya ke jinjang pelamin di Kuala Lumpur..

Dah lama memendam rasa akhirnya Odi jadi milik Ahmad Tajudin dari Pantai Timur Semenanjung..

'Eh.. Eh.. nak masuk cincin jari mana niii...', kata emak Ahmad Tajudin pada bakal menantunya. Jawab di dara 'Jari manis la mak... masuk aje,". Itulah dialog drama bersiri kali ini.

Macam ni lah.. kita kira senang saja berapa mas kahwinya,,, berapa belanjanya kami sanggup. Jangan sejuta serba satu cukup.. jenuh si teruna kumpul duit. Alamatnya tak kahwinlah dia!!





Friday, February 5, 2010

Sekitar Majlis Akad Nikah Norhazlinda dan Shahir di Kg Contoh, Buttworth pada 31hb, Januari 2010

Tak dak janggut pun.. Mungkin itu yang diperkatakan oleh Haslinda pada suami tersayang..

Macam tunggu orang nak mai saja...!!!

Pengantin perempuan asyik senyum sahaja maklumlah sudah berpunya.!!

Ramainya kawan... tak mau ke... rakam gambar hari bahagia nanti bersama SabriPhotography.. tentu berbaloi.