Sunday, January 30, 2011

Sekitar majlis perkahwinan Jaafar dan Siti Aishah di Tanah Liat, Bukit Mertajam pada 29hb, Januari 2011

Tergamak hang seksa aku Jaafar... Mungkin itu diperkatakan Anoi ketika memberhentikan beca di tepi jalan.

Ni... macam nak pergi tengok pertemuan antara kepimpinan Komunis Malaya dengan Tunku Abdul Rahman Al Haj ke Baling.. Tengok tu di kerahnya Anoi... berdayung di tengah terik mentari.

Aku benar-benar cinta pada muuu.. Aku tak kan biarkan kau keseorangan.

.Harap Jaafar dan Siti Aishah dapat melayari bahtera sendiri. Kayuhlah ke lautan luas
berdua-duaan walaupun hanya berdayungkan tangan sendiri.

Sempat bergurau senda pula walaupun di atas tangga. Nanti rakyat nampak boleh gisip
di buatnya.

Dok tunjuk macam dah nampak Hang Tuah ke? Hang Jebat yang dianggap penderhaka dok tunggu di Istana Melaka.

Ehh.. Wah macam filem P.Ramlee dan Saloma beradu asmara sambil bersandar pada dinding bata dalam filem 'Ahmad Albab'.

Apa pula yang dimenungkan tu?.. Pemuda idaman dah dimiliki.

Akhirnya kecundang juga kau rupanya..

Mesti ada yang mencuit hati Aishah ketika makan beradap bersama suami tercinta.
Jangan buat lawak waktu ni Jaafarrrr nanti tercekik.

Berarak dah pun pasangan bahagia ke destinasinya.

Tu.. dia.. Dia dah datang dengan berpayung dan berkipas diiringi sekumpulan puteri bak dari kayangan.

Sekitar majlis akad nikah Jaafar & Siti Aishah di Masjid Tuan Abdullah, Tanah Liat, Bukit Mertajam pada 29hb, Januari 2011

Ni dia janji kita... semua dan tandatangan dan ramai yang jadi saksi pernikahan kita.

Dah habis semuanya... segala cincin dan gelang ni bila lagi nak sarung.. dah tak sabar rasanya.

Jelingan manja Siti Aishah setelah melihat Jaafar selesai melafazkan akad nikah. Akad sebanyak dua kali menjadi kebiasaan pada sesetengah pengantin kerana saksi hendak menduga setakat mana ketebalan 'grabra' yang ada.

Ya.. Allah kau lah pengatur segala-galanya.... Bersyukur semua dah selamat.

Siti Aishah awak dah jadi isteri abang..!!! Ingat tu....

Tup... tup isteri dah ada di belakang. Lega rasanya.. Ok Tok Khadi boleh mulakan saya dah sedia jadi suami yang penyayang.

Sempat lagi talipon bakal si isteri depan Tok Khadi bertanya khabar bimbang takut majlis akad nikah tak jadi... Itulah kebarangkalian yang bergelora di dalam hati bakal si suami.