Friday, August 8, 2008

Contoh 13

Macam duduk tunjuk bulan yang tengah mengambang sahaja. Tapi agak pelik!!!!... mana ada bulan di waktu tengah matahari rembang... yang ada matahari panas membara. Relak di atas batang nyiur yang tumbang sambil berlatar belakangkan sawah seolah di lautan luas.

Contoh 12

Dah lah duduk atas tangga..... pegang dagu suami pula sungguh romantik gayanya. Begitulah rami suami isteri di hari persandingan.... mesra dan manja lagaknya.

Contoh 11

Jangan cuba menyorok di sebalik batu kerana ia akan merugikan penampilan wajah yang menawan.. Salam bahagian Salleh dan Suhaila di Permatang Ara, Permatang Pauh

Contoh 10

Alamak tengah pegang pokok pula!! Kalau nak pandang tu pandanglah biar bertentang mata jangan pandang angan-angan.

contoh 8

Hai! macam merajuk saja. Apa dah kena pengantin ni... Tapi jangan khuatir semua itu lakonan manja pengantin baru... Yang penting ialah persefahaman dalam melayari bahtera kehidupan hingga ke anak cucu dan cicit.